Permata Hati

Written By Papareysa on Jumat, 13 Agustus 2010 | 04.25

Anakku yang dikasihi,
Tanpa kita sedari terlalu cepat masa berlalu dan kau yang suatu ketika dulu masih kecil,manja dalam pelukan umi, kini telah menjadi gadis remaja dan telah mula belajar arti hidup. Zaman yang kau lalui dan alami kini adalah zaman yang penuh pancaroba, penuh dugaan dan cobaan. Cobaan yang sering mengganggu iman dan hatimu, perasaan dan nafsumu, kewibawaan dan tugas-tugasmu. Ketika inilah kau, kau ingin merasai semua keadaan, semua kenikmatan hidup. Kau ingin menjadi manusia yang dipuja dan disanjung ramai.Kau ingin disayangi dan menyayangi.

Anakku...
Jika tiada iman,niscaya lunturlah segala kekuatan, hancurlah segala kebaikan. Oleh itu, umi berpesan agar betullah kau dalam berfikir dan bertindak, batasilah kehendakmu dengan rasa takut pada Allah kerana tidak ada orang yang tidak dicatat amal dosanya, tidak ada orang yang terkecuali, termasuk kau. Pernah seorang soleh berkata,"seorang remaja jika dapat melalui cobaan di zamannya dengan baik, tenang dan penuh kebaikan, mampu menolak kehendak-kehendak nafsu, maka percayalah dia manusia yang paling berjaya, selama hidupnya. Manakala seorang pemuda yang gagal menggunakan zaman remajanya untuk mencari kebaikan, rugilah ia dan celakalah hidupnya esok dan akan datang."

Wahai anakku,
Seringkali umi menangis, melihat perubahanmu. Dulu, kau tidak begini. Kau seorang yang taat pada perintah ibu, yang cukup malu bila auratmu terdedah, walaupun ditiup angin. Kau amat teliti dalam menjaga solat-solatmu dan kau cukup suka bila umi ceritakan tentang ketokohan wanita-wanita dahulu dan anakku, ibu tanam satu harapan padamu, kiranya bila kau besar nanti, kau akan menjadi orang solehah.

Anakku...
Wanita itu dijadikan Allah penuh keindahan, unik dan menakjubkan. Pandai-pandailah kau hargai nikmat itu. Jikapun kau cantik,anakku, tak ke mana cantikmu itu. Jangan biarkan kau dikuasai rasa takjub, bangga atas keindahan wajahmu. Masih terlalu ramai yang mempunyai kelebihan mengatasi dirimu. Usah kau permainkan perasaan lelaki atas kejelitaan wajahmu. Jagailah, syukurilah dan takutlah kepada Allah atas balasan azab yang dijanjikan untuk mereka yang berdosa. Jagalah auratmu sentiasa terutama apabila berurusan dengan lelaki. Tanamkan rasa malu di hatimu. Tanamkan sifat sombong dan penakut pada lelaki yang bukan muhrimmu. Biarlah kau dipandang mata tidak secantik bunga lily yang bangun bagai pelangi di cakerawala asalkan kau dapat pertahankan panggilan wanita solehah di sisi Allah. Dan tentunya kau dipandang paling cantik di samping-Nya.

Anakku...
Kau berpakaian anakku sebenarnya untuk menutup kulitmu, untuk melindungi bentuk badanmu daripada pandangan lelaki jalanan. Oleh itu, pakaianmu hendaklah longgar, tidak nipis dan satu lagi syarat anakku, pakaian mu itu tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir dan musyrik. Perhatikan hadisth ini..."Sesungguhnya antara penduduk neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang(pakaiannya tidak berfungsi sebagai alat untuk menutup aurat), perempuan-perempuan yang condong kepada maksiat dan berusaha menarik orang lain melakukan maksiat. Mereka ini tidak mungkin akan masuk syurga selama-lamanya dan tak akan dapat mencium baunya selama-lamanya. Jangan kau merasakan dirimu terlalu gagah hingga kau sanggup melanggar hukum-hukum Allah, penciptamu dengan sengaja. Apatah lagi jika melanggar peraturannya dengan rasa bangga dan sombong, ingkarmu terhadap hukum-hukum itu, samalah maknanya kau melawan Tuhanmu, sedangkan kau cuma seorang hamba dan Allah itu Tuhanmu, Maha Memiliki segala isi langit dan bumi.

Anakku Sayang...
Sabarlah dalam melaksana perintah-perintah Allah biarpun kau merasakannya berat. Setiap arahan Allah itu tak ada yang sia-sia. Sesungguhnya Allah tak pernah memberati hamba-Nya apatah lagi menzaliminya. Sabar yang kau lakukan niscaya dilihat Allah, dan Dia pastinya akan mengurniakan buatmu ganjaran pahala yang besar. Tanamkan rasa kasih pada Allah wahai anakku. Bila kau menyayangi seseorang, tentunya segala perintahnya akan kau turuti tanpa bantahan. Begitulah dengan perintah Allah, turutilah wahai anakku, ikutilah tanpa protes. Moga kau dikaruniakan kekuatan untuk mengikut langka-langkah yang diridhoi Allah. Itulah doa dan harapan umi wa abi...
Share this article :

0 comments:

Posting Komentar

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Berita Indonesia Terbaru 2013 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger